Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Monday, April 28, 2014

2ND REUNION SMTTAA BENTONG EX-KEE 97/98 (27 April 2014) "PIKNIK di Hutan Lipur Kanchung Rawang, Selangor"

Assalamualaikum...

Bertemu kembali Reunion bekas pelajar Sekolah Teknik Bentong batch 97/98 yang selamat dilaksanakan dengan jayanya. Bertempat di Hutan Lipur Sg. Kanching, Rawang Selangor pada 27 April 2014 menyaksikan segala kisah pahit manis persahabatan yang tak akan pudar.
Kelihatan ketibaan semua bekas pelajar yang hadir sibuk memunggah peralatan dan keperluan makanan untuk aktiviti "PIKNIK". Terima kasih kepada pihak Traffic yang memudahkan urusan keluar masuk kenderaan di tempat tersebut.
Tempat menarik..suasana tenang dengan deruan air yang jernih. Peserta pertama sampai dengan memberikan simbolik mengancam. Sesuai untuk anak-anak mandi manda.
Suasana tenang mendatangkan kedamaian pada kami.  
Kelihatan Nuar sedang meletakkan Lamb ke dapur.

Nuar : "Macam ni caranya syef panggang kalau nak tau..."

Farid : "Hang dah baca bismillah ke tu ?"
Sambil diperhatikan oleh Mat Bon dengan rasa Pelik...

Si Fizan ape lagi. pantang tengok kamera mesti nak posing jugak. "Terbaek"...
Kelihatan juga yang lain sedang berehat. Bob sedang merasa macaroni hidangan pembuka selera.
Nuar : "Dah letak lauk baru le kita bubuh perencahnya..."
Farid : "Betul ke awok buat tu nuar..."
Nuar : "Betullah... aku masa kat UITM dungun dulu selalu masak BBQ"


Farid : " Lain kali hidupkan api dulu wei......"kita bakor ! kita bakor !
Kelihatan Mat BON (FariD) tengah menyalakan api dengan kepakaran yang beliau miliki.

Nuar : " Yelah...dah lupa . 10 tahun dulu... mana aku nak ingat dah.

Menu utama adalah Lamb BBQ. Menu hasil usaha Nuar, Nor dan lain-lain. Teringat masa duduk di Hostel sewaktu sekolah dulu. Kami ler digelarkan Piranha A2. Kelihatan si baju Hitam (BOB) dah tak sabar untuk menyambar BBQ Kambing . Maklumlah dari pagi belum sambar makanan lagi semua tu.
Masing-masing sedang menunggu hidangan BBQ siap. Tunggu masa je nak sambor tu..
Tukang hidupkan api (Mat BON) dah stanby pinggan kosong ditangan setelah kejayaan menyalakan api ..
"Serang....." Masih Tak berubah.. ubah.. Piranha ni.
Ateng : "Nuar...awok lain kali nak masak bagitau kawan la... buleh kawan tolong. "
Nuar : " OK"
Ateng : "Tolong makan ajeLAH"
Taspi : " ye ...ye..koi tengok aje ye..."
Ceria semua nampaknya..bersama master chef . 


Lamb BBQ 
Bergambar sebelum pulang...


Kehadiran :
1. Fizan
2. Ateng + wife
3. Bob
4. Nuar
5. Tasfi + wife
6. Golok + wife
7. Nor

Terima kasih daun keladi...
Semoga kita berjumpa lagi..

Tuesday, April 8, 2014

REUNION (PERTEMUAN PERTAMA KALI) 28.12.2013

 
Assalamualaikum... Pertama kali reunion diadakan bagi bekas pelajar Ex-KEE SMTTAA batch 97/98. Diminta semua membuat barisan lurus....
Semua kelihatan berbaris dengan gaya tersendiri....

Bilang dari kiri...ooooi. kejap ada..sekejap takda. " mana pergi baju merah tadi tu"..

Kami pun nak berbaris juga ni....(senyum)

Depan dari kanan : Linda, Laily, Nor
Bekalang dari kanan : Sahak, Ateng, Lanchang, Ijan, Am, Ajis, Hakim, Fizan, FariD, Udin 

Bilang semula.....dari kiri....123.." hilang lagi baju merah ni" 

Meeting jap. bla..bla..bla..

Sebilangan bekas pelajar yang hadir...wajah ceria selepas perlawanan badminton dan Bowling padang


Dah letih...perut pun lapar nak pekena Nasik Lemak Mambra. Namun kami tiada rezeki sbb makcik tak masak pada siang hari tersebut. Kempunan nasik lemak paling sedap.

Kelihatan Cikgu Hashim iaitu warden kami masih steady dan sihat seperti dulu... 

Aktiviti sepak raga dalam bulatan tanpa berhenti dimulakan di kawasan hadapan Dewan Besar ...

"bila nak start main ni"...Hakim jadi pengadil.

Permainan dibatalkan oleh Hakim sebab tiada siapa yang membawa bola takraw pada hari tersebut..

Aktiviti dalam dewan ...berbalas pantun 3 kerat dari pihak lelaki. "Am" bukan nama sebenar bertindak sebagai juri memberi tanda isyarat mula kepada pihak lelaki.  

dibalas oleh pihak wanita pantun 6 kerat..

Aktiviti diteruskan dengan Drama adengan kekasih awal dan akhir..


SMTTAAB segar dalam kenangan

Berjalan kaki pulang..