Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Monday, December 1, 2014

Pengembaraan bermula yang sangat menyeronokkan...(Riverside Janda Baik 30 Nov 2014)

 


Dari jauh aku memulakan kayuhan untuk ke destinasi yang sangat menyeronokkan... melintasi Bandaraya KL yang sangat pesat membangun dan melahirkan pengayuh jalanan seperti kami yang inginkan kedamaian dan bebas dari asap kenderaan ...
 
Kayuhan terhenti selepas muntah hijau keluar dari tekak yang belum sarapan dari awal pagi.. 10 minit aku menarik nafas membenarkan jantung berdegup untuk kembali normal..sambil terus merenung pada papan tanda itu..
 
Kayuhan diteruskan dengan penuh bertenaga menghala ke warung yang terletak bersebelahan bangunan KTM... berehat sejenak sebelum meneruskan kayuhan seterusnya.   Jentera ni perlu direhatkan sementara.


Menerung jauh kearah meja-meja yang masih kosong....
Masih terlalu awal lagi... Belum ramai yang datang ke warung ni...Jam baru yang melekat pada dinding kedai menunjukkan 8 pagi..


2 biji telur sebagai sarapan pagi untuk mengalas perut bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang belum tahu entah sampai atau tidak... Mudah-mudahan kayuhan kali ni menemui jalan penamat...



Alhamdulillah..
Sampai jua akhirnya setelah berkayuh sejauh 45km dari KL melalui jalanraya gombak-karak. Selepas
sahaja melepasi terowong genting.. kayuhan terus menyusuri susur kiri bagi membuat pusingan-U dan terus menghala ke genting sempah untuk ke destinasi seterusnya...

Kayuhan yang membuatkan lutut hampir tarcabut ni terpaksa diteruskan menghala ke janda baik melalui jalan kecil yang berbukit-bukit. Berbekalkan sebotol minuman tenaga 100 plus dan semangat kental yang tak kan mengalah untuk misi yang penuh makna hari itu...



Peta lokasi yang dituju..


Sampai jua akhirnya..RIVERSIDE, Janda Baik Pahang.



Suasana awal pagi yang mendatangkan kedamaian kepada penghuni kota seperti kami.. kelihatan ramai yang menanti kehadiran aku pada hari itu.. ha ha ha..



Terima kasih atas sambutan hangat kawan-kawan... "lain kali koi datang awal sikit"
Kepada yang tidak menyertai Reunion kali ini, pastinya meninggalkan kesan "frust sangat"..Lain kali join la ...














 
 
 
 
 




 
 


 
 
 
 
 

Terima kasih kepada yang hadir. wassalam..

...................................

Sehari selepas reunion di riverside ... ober ..oh ober... kesian awok ye.

 
 
 mahaguru.. Ku Din pinang sebatang..

No comments:

Post a Comment